PEMINAT CIK ANNA NI... ^_^

EXCHANGE LINK JOM!!!

Tuesday, October 16, 2012

RESIPI: CHILLED CHOCOLATE CHEESECAKE


APA KABO SEMUA??? CIK ANNA HARAP SEMUA SIHAT YE...HARI NI KERJA KAT OPIS TAK BANYAK SO CIK ANNA NAK KONGSI RESIPI BARU... CHOCOLATE CHEESECAKE YG TAK PERLU DIBAKAR...KENE SEJUKKAN DALAM PETI AIS JE...LPS TU DH BOLEH MAKAN... NYUM NYUM NYUM.... KALAU MALAS BUAT, BOLEH ORDER PADA KAK ANNA YE...KLIK SINI UTK ORDER... JOM LAYAN RESIPI NI... ^_^

Resepi Chilled Chocolate Cheesecake in Jar.  
Olahan Resepi : AnnaQawina
(make 4 jars 200ml)

Bahan-bahan :
  • 125g cream cheese, suhu bilik
  • 137g @ 1 bekas kecil yogurt
  • 30g gula kastor
  • 125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)(Brand Vivo)
  • 1/2sdb + 1/2st gelatin Halagel
  • 2sdb air hangat

Chocolate Ganache : Cairkan dan biarkan menyejuk pada suhu bilik sebelum digunakan
  • 200 grm coklat masakan@compound Choc.
  • 100 ml susu cair
  • 1 sdt butter

Cara-cara :
  • Pukul cream cheese, gula kastor hingga sebati.
  • Masukkan yogurt, gaul rata.
  • Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). 
  • Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yogurt cheese. Gaul rata.
  • Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream yg telah dipukul kental tadi ke dalam adunan. NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi. 
  • Kaup balik rata-rata, sedia untuk digunakan.
  • Sediakan jar @ bekas pilihan, paipkan@sudukan adunan cheesecake tadi ke dalam jar, lebih kurang 3@4 sudu besar, kemudian paipkan choc.ganache@apa2 filling kesukaan, seterusnya paipkan adunan cheese sekali lagi, buat sampai hampir penuh jar anda.
  • Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.
  • *Cake in jar ini boleh dimakan dengan menggunakan sudu, tak perlu letak base@kalau nak letak base bolehlah hancurkan apa2 biskut pilihan ataupun lebihan2 kek boleh juga diramas kasar & masukkan ke dalam jar sebelum diletakkan adunan cheese tadi.
Ini pula Ana layerkan dengan lapisan kek coklat moist, adunan chese tetap guna resepi yang sama.


KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA BERMULA DARI BILIK TIDUR

0 comments:

Post a Comment

SEBARANG PERTANYAAN..BOLEH TINGGALKAN DISINI...SAYA AKAN BALAS SECEPAT MUNGKIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Second Baby

baby development
 
Copyright@ HAK MILIK CIK ANNA JAMU SUSUK DARA