PEMINAT CIK ANNA NI... ^_^

EXCHANGE LINK JOM!!!

Thursday, November 1, 2012

TAZKIRAH: Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami


Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami 

Suami merupakan lubuk pahala bagi seorang isteri... Aikk xkan pahala je kot... ehem3.. nak buat apa kite pandang benda yang negative kan... Apa sahaja yang kita buat yang menyenangkan hati suami, pasti ganjaran pahala besar akan diberika kepada kita...Dari mana pahala tu??? Dari ALLAH la... Salam suami dapat pahala, masak untuk suami dapat pahala, buat suami ketawa, dapat pahala, senyum kat suami pon dapat pahala...Seronok betul jadi isteri... Tapi sedih sangat apabila ramai isteri-isteri yang tak pandai hargai suami...ada yang jadikan suami kuli, marah-marah suami, ugut-ugut suami...tu semua DOSA ok... neraka la tempat nye kalo suami tak redha...

Meh kita baca cara-cara macam mana kita nak berhadapan dengan suami dalam situasi yang berlainan...

1. Bila suami tgh bercakap, isteri tolong la diam, dengar apa yang suami nak sampaikan dan tolongggggg la jangan menyampur atau memotong cakap suami....
(tak beradap betul menyampuk2 ni...) 

2. Jika suami tengah marah (ni paling penting ni) isteri kene diam, jangan suka menjawap...suami ni dia takkan marah tanpa sebab...tak perlu tegakkan kebenaran...bagi suami reda dulu baru la kita bersuara tapi bukan dengan nada tak puas hati...Sikap suka menjawap, melawan, akan buat suami bertambah marah tau... Silap ari bulan suami merajuk tak nak bercakap ngan kita atau keluar dari rumah berhari-hari... kalau itu yang berlaku, jangan nak menangis2 plak ye... (hehehe) Kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk.... Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan (sila terasa ^_^). Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.... Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya...

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam)....Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat. (romantik sangat bila kita tolong potong kuku suami kan....)

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh...Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya....Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.... (owh payah nye bila kene kat org pemalas macam cik anna ni...suke lengah2kan keje...)

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri...Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng...Suami akan gembira bila seleranya ditepati... Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya...(kan bagus apa yg suami suke makan, kite pon suke makan...baru la sehati sejiwa...)

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit...Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik...Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa...Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga. (kene blaja jahit ni...)

8. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya. 

9. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri. 

10. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

11. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya. 

~ SO... B2B KENE MULA DARI SEKARANG TAU....PERANGAI BOLEH DIUBAH....INGAT MATLAMAT BERKAHWIN IALAH SAMA-SAMA BERADA DI SYURGA YG HAKIKI... INSYAALLAH...WANITA YANG SOLEHAH DIDUNIA, APABILA BERADA DISYURGA, DIA AKAN LEBIHHHHHHHHHHHHH CANTIK DARI BIDADARI TAU.... ^_^ ~

(mampukah saya jadi isteri yang terbaik buat awak??? saya akan jadi yang terbaik....)


KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA BERMULA DARI BILIK TIDUR

0 comments:

Post a Comment

SEBARANG PERTANYAAN..BOLEH TINGGALKAN DISINI...SAYA AKAN BALAS SECEPAT MUNGKIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Second Baby

baby development
 
Copyright@ HAK MILIK CIK ANNA JAMU SUSUK DARA