PEMINAT CIK ANNA NI... ^_^

EXCHANGE LINK JOM!!!

Thursday, December 13, 2012

KISAH CINTA ~ A & Z ~




CINTA MPTI

Semuanya bermula di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Perak… Ketika itu Cik Anna pelajar tahun akhir UMS dan perlu menjalani praktikal @ Latihan Industri selama 7 minggu… Cik Anna memohon untuk menjalani praktikal di kampong…Senang dekat dengan mak abah… Cik Anna mendapat 2 tawaran iaitu di Pejabat Daerah Dan Tanah, Teluk Intan dan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)… Nazar Cik Anna, mana yang tawarkan dulu, itu yang Cik Anna akan pilih…

Alhamdulillah MPTI menawarkan terlebih dahulu…Tapi Cik Anna lebih berminat nak pilih Pejabat Daerah…sebabbbb.... hehehe…paksu Cik Anna keje dekat dengan pejabat daerah ni…dia cakap ramai jurutera bujang keje kat situ… (dolu2 mmg gatal skit..hehehe..) Cik Anna pon akan semangat la nak berada selama 7minggu disitu….hahaha…Tapi apa kan daya…nazar perlu dilunaskan…Dengan berat hati Cik Anna tunaikan nazar Cik Anna di MPTI…

Hari pertama jejak kaki di MPTI (17Mei2011) Cik Anna rasa bosan sangat sebab tak ada kawan… T_T  Tapi tak sangka…Kawan baik Cik Anna semasa di tingkatan 6 kerja kat situ…Bob nama dia…hihihi…Bob ni suke duke ktorg bersama…susah senang msti dengan dia…tapi dia rahsia pd Cik Anna tentang keje dia…kuang ajo kn…Semakin bersemangat la nak hadapi 7 minggu di situ....Selain bob, ada 2org lagi pelajar praktikal yg menceriakan hari2 Cik Anna …Shamini & Yati…memang happening la…macam2 benda jadi selama 7minggu di MPTI…macam2 perangai kami buat…sampai bergaduh & ada adegan nangis2 la…hahaha…kelaka betul…


~~~~~~~7Jun2011… (setelah 22hari di MPTI)~~~~~~~



Cik Anna: Wei bob, kat MPTI ni tak ade ke laki2 bujang…aku tgk tua2 je..aku nak cari calon suami ni… (gatal kan…hihihi)

Bob: Ada je…ramai kot..ko je yg belagak…

Cik Anna: Memang ada tapi semua gatal…aku nak yg baik…BAIK…(nak cari calon suami kan…kene cari yg BAIK)

Bob: Ada sorg laki ni…Zack nama dia…dia ada tanya pasal ko kat aku…BAIK org nya…

Cik Anna: (senyum sampai tinge) Bak no fon dia…(Hahahahha..tindakan pantas)
***(mmg tindakan pantas tapi tak berniat nak contact dia pon)***



~~~~~~~~~~~9Jun2011 (Chat di FB)~~~~~~~~~~~~



Cik Anna (cakap sorg2): Eh ada friend request la…Mohammad Zakariyya…sape plak ni…accept jela… lalalalala…eh ni mesti kawan bob tu…yess yesss yessss!!!!! (excited terlebih…)


Tetibe........


Encik Zack: Hai awak….
Cik Anna: Hai… (cool anna cool…)
Encik Zack: Agak2 kenal x..hehe..
Cik Anna: xpenah nampak tapi tau awk keje kat MPTI.. ^_^

Dannnn…dari situ la bermula perkenalan kami…kalo nak cite lagi, terus jadi novel la… ^_^ Masih ingat lagi pertama kali dia ajak kuar, dia bawa Cik Anna g makan kat kedai mamak dekat2 kawasan rumah Cik Anna …dia cakap dia lapar… Sehingga hari ni…macam2 suka duka kami lalui…Alhamdulillah dia seorang yg sangat penyabar dan terus bersabar melayan kerenah Cik Anna yang kadang2 sangat mencabar kesabaran… ^_^ Semoga apa yg kami rancang, sama seperti apa yg Allah rancang untuk kami…Aminn..~~



P/S: terharu sgt bila Zack simpan lagi msg2 chat kat FB..bila rindu, buka FB dia dan baca msg2 dulu2 kala tu…happyyyyyy sgt… dialog antara CIK ANNA & ENCIK ZACK tu diambil terus dari chat kat FB Encik Zack… ^_^



~SEKIAN~


KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA BERMULA DARI BILIK TIDUR

1 comments:

Nur Fadhilah Zakaria said...

Hye. Praktikal kt MPTI dulu kos ape ekk?

Post a Comment

SEBARANG PERTANYAAN..BOLEH TINGGALKAN DISINI...SAYA AKAN BALAS SECEPAT MUNGKIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Second Baby

baby development
 
Copyright@ HAK MILIK CIK ANNA JAMU SUSUK DARA