PEMINAT CIK ANNA NI... ^_^

EXCHANGE LINK JOM!!!

Thursday, January 3, 2013

GA FALLING IN LOVE by Feeruzstory.blogspot.com


Semuanya bermula di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Perak… Ketika itu Cik Anna pelajar tahun akhir UMS dan perlu menjalani praktikal @ Latihan Industri selama 7 minggu… Cik Anna memohon untuk menjalani praktikal di kampong…Senang dekat dengan mak abah… (anak manje..) Cik Anna mendapat 2 tawaran iaitu di Pejabat Daerah Dan Tanah, Teluk Intan dan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)… Nazar Cik Anna, mana yang tawarkan dulu, itu yang Cik Anna akan pilih…


Alhamdulillah MPTI menawarkan terlebih dahulu…Tapi Cik Anna lebih berminat nak pilih Pejabat Daerah…sebabbbb.... hehehe…paksu Cik Anna keje dekat dengan pejabat daerah ni…dia cakap ramai jurutera bujang keje kat situ… (dolu2 mmg gatal skit..hehehe..) Cik Anna pon akan semangat la nak berada selama 7minggu disitu….hahaha…Tapi apa kan daya…nazar perlu dilunaskan…Dengan berat hati Cik Anna tunaikan nazar Cik Anna di MPTI…


Hari pertama jejak kaki di MPTI (17Mei2011) Cik Anna rasa bosan sangat sebab tak ada kawan… T_T  Tapi tak sangka…Kawan baik Cik Anna semasa di tingkatan 6 kerja kat situ…Bob nama dia…hihihi…Bob ni suke duke ktorg bersama…susah senang msti dengan dia…tapi dia rahsia pd Cik Anna tentang keje dia…kuang ajo kn…Semakin bersemangat la nak hadapi 7 minggu di situ....Selain bob, ada 2org lagi pelajar praktikal yg menceriakan hari2 Cik Anna …Shamini & Yati…memang happening la…macam2 benda jadi selama 7minggu di MPTI…macam2 perangai kami buat…sampai bergaduh & ada adegan nangis2 la…hahaha…kelaka betul…



~~~~~~~7Jun2011… (setelah 22hari di MPTI)~~~~~~~


Cik Anna: Wei bob, kat MPTI ni tak ade ke laki2 bujang…aku tgk tua2 je..aku nak cari calon suami ni… (gatal kan…hihihi…tapi memang serius nak cari suami…)


Bob: Ada je…ramai kot..ko je yg belagak…


Cik Anna: Memang ada tapi semua gatal…aku nak yg baik…BAIK…(nak cari calon suami kan…kene cari yg BAIK)


Bob: Ada sorg laki ni…Zack nama dia…dia ada tanya pasal ko kat aku…BAIK org nya…


Cik Anna: (senyum sampai tinge) Bak no fon dia…(Hahahahha..tindakan pantas)

***(mmg tindakan pantas tapi tak berniat nak contact dia pon)***



~~~~~~~~~~~9Jun2011 (Chat di FB)~~~~~~~~~~~~





Cik Anna (cakap sorg2): Eh ada friend request la…Mohammad Zakariyya…sape plak ni…accept jela… lalalalala…eh ni mesti kawan bob tu…yess yesss yessss!!!!! (excited terlebih…)


Tetibe........




Sejak tu bermula episode chat2 kat FB… Kemudian bertukar no fon plak… Cik Anna jenis akan bagitau mak ape je yg Cik Anna buat… So, sejak mula chat kat FB, Cik Anna bagitau mak… Mak excited la nak tgk sebab ni first lelaki yg Cik Anna nak kenalkan kat mak… Mak plak gi heboh kat abah, kakak2, abg, adik2 pasal Encik Zack ni… malu la jgk kan…hehehe…


11 Julai 2011, kami secara rasminya bercinta… Sebulan je kenal2 dan terus jatuh cinta.. KENAPA???? Org lain amik masa lama utk jatuh cinta kan… Sebab sepanjang sebulan kami kenal, hanya perkataan KAWEN yg keluar dari mulut masing2… rancang nak kawen je… hehehe.. Memang niat kami masing2 nak cari suami dan nak cari isteri… bukan nak main2… Kami banyak berbincang dan bertegang leher yg membuatkan kami cepat kenal antara 1 sama lain… Encik Zack bukan seorg yg romantic, dia pemalu dan tak banyak cakap…tapi kesungguhan dia utk buat Cik Anna jatuh cinta dgn dia, itu yg Cik Anna kagum… Masa dia melamar Cik Anna jadi kekasih hati dia, dia buat sesuatu yg Cik Anna tak jangka…


****** KISAH NYA ******


Encik Zack bawa Cik Anna makan di restoran yg Cik Anna suka sgt…suasana restoran tu cukup romantic… Lepas ktorg makan2… Encik Zack keluarkan kad2 apa tah… Lepas tu dia pasang lagu kat nfon dia… Lagu “My Baby You”… Cik Anna dah berdebar sgt2… malu sgt2… Dia cool je… Lepas tu dia bagi Cik Anna kad2 tu… ade 8 keping kad semua nya…



Meremang bulu roma dgr lagu My Baby You yg romantic tu k… Encik Zack Suruh Cik Anna susun kad tu ikut turutan nombor macam kat atas tu… Cik Anna plak mulut murai kan, dok tanya “buat apa nak susun” “apa benda ni” “eeee malas la susun2”  Sampai Encik Zack tolong susunkan skali…sebenarnya Cik Anna nervous tu yg mulut pot pet pot pet… hehehe… Geli hati bila ingat balik… Bila dah susun tu, Encik Zack suruh terbalikkan plak… Maka jadi la macam gambar kat bawah ni…





Cik Anna rasa terharu dan malu sgt2…hehehe… Sejak tu Cik Anna rasa tak ada lelaki lain yg lebih romantic dari Encik Zack tau… Dan Cik Anna mula jatuh cinta dgn Encik Zack… Banyak lagi kejutan2 yg dia buat... Senyum sampai telinga bila ingat balikkan…


Macam-macam yg kami lalui bersama…paling terharu, bila Cik Anna buat keputusan untuk pakai tudung labuh lepas terima hidayah dari Allah… Encik Zack org yg banyak bagi pendapat dan sokongan… Walaupon ramai yg menentang, ramai yg perli2, ramai yg tak setuju, tapi Encik Zack sentiase ade disisi… Selain mak abah yg sgt bersyukur dengan perubahan Cik Anna…


Masa mula2 berubah, banyak juga dugaan hubungan kami…sebab macam tak kena plak Cik Anna yg dah bertudung labuh ni, bercintan-cinton plak…tapi Alhamdulillah, istiqarah, doa dan tanya pendapat yg lebih arif, Cik Anna teruskan hubungan dengan Encik Zack… Walaupon ada yg kata macam2 dan pandang serong… orang kata niat tak menghalalkan cara…tapi bagi Cik Anna, ALLAH tau apa yg ada dlm hati kita…hanya ALLAH yg berhak menilai…

Dannnn…dari situ la bermula kisah cinta kami…Setiap hari hubungan kami tak pernah lekang dgn kenangan2 manis dan pahit...Sentiase ade memori yg kami boleh kenang kembali...kalo nak cite lagi, terus jadi novel la… ^_^ Masih ingat lagi pertama kali dia ajak kuar, dia bawa Cik Anna g makan kat kedai mamak dekat2 kawasan rumah Cik Anna …dia cakap dia lapar… Sehingga hari ni…macam2 suka duka kami lalui…Alhamdulillah dia seorang yg sangat penyabar dan terus bersabar melayan kerenah Cik Anna yang kadang2 sangat mencabar kesabaran… ^_^ Semoga apa yg kami rancang, sama seperti apa yg Allah rancang untuk kami…Aminn..~~


P/S: terharu sgt bila Zack simpan lagi msg2 chat kat FB..bila rindu, buka FB dia dan baca msg2 dulu2 kala tu…happyyyyyy sgt… dialog antara CIK ANNA & ENCIK ZACK tu diambil terus dari chat kat FB Encik Zack… ^_^

B2B YG NAK JOIN GA FALLING IN LOVE NI BOLEH KLIK SINI YE... ^_^
TARIKH TUTUP 11/01/13.. CEPAT2 JOIN YE...


KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA BERMULA DARI BILIK TIDUR

6 comments:

InaYusoff said...

untungla dapat yang romantik..
hehe...

gud luck!

Cik Anna Jamu Susuk Dara said...

@InaYusoff

kihkihkih...dia tak romantik pon tp cuba utk jadi romantik... ok la... :p TQ dear...

CIK PIA said...

wahhhhhhhhhhhh.. kreatif nyaaa..... n of kos romantik jgk..hehe

Cik Anna Jamu Susuk Dara said...

@CIK PIA

kihkihkih...mula2 nk ngorat romantik la...skang xromantik dah...kne tgu lps kwen katenye... :p

Emma said...

sweet =)

Cik Anna Jamu Susuk Dara said...

@Emma

TQ dear... ^_^

Post a Comment

SEBARANG PERTANYAAN..BOLEH TINGGALKAN DISINI...SAYA AKAN BALAS SECEPAT MUNGKIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Second Baby

baby development
 
Copyright@ HAK MILIK CIK ANNA JAMU SUSUK DARA