PEMINAT CIK ANNA NI... ^_^

EXCHANGE LINK JOM!!!

Thursday, January 10, 2013

TAZKIRAH: MANDI WAJIB...


Apa khabar semua??? Cik Anna harap sgt2 hari semuanya sihat… Cik Anna Alhamdulillah diberi sedikit sakit oleh Allah… Tanda Allah masih syg pada Cik Anna… syukur Alhamdulillah… ^_^


Entri hari ni Cik Anna nak cite pasal Mandi Wajib.. Semalam Cik Anna terbaca kat FB pasal mandi wajib ni… Semua tau kan betapa pentingnya mandi wajib ni… Nama pon WAJIB… hehehe… bkn harus… Kalo tak sah mandi wajib ni, Allah Allah… roboh la tiang agama kita… Apa tiang agama kita??? Solat la… ^_^ Tak sah mandi wajib tak sah la solat kan… Sebab tu penting sangattttttt mandi wajib ni…

Cakap je MANDI WAJIB, semua org penah buat kan… BAGUS sgt2… tepuk bahu sendiri ye… hehehe… Tapi betul ke cara kita mandi wajib ni???

“Eh eh mak kita yg ajar ok, mesti la betul…”

“ewaaahhh2…ustazah kita yg ajar ok…tak kan salah plak…ustazah kottt…”


APA ITU MANDI WAJIB???

Mandi wajib adalah mandi yg diWAJIBkan kepada org Islam yg telah berhadas besar seperti haid, nifas, dan bersetubuh…

RUKUN MANDI WAJIB???


1.  Niat.
2.  Menghilangkan najis di badan.
3.  Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

NIAT MANDI WAJIB???

1.  Haid
“Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Ta’ala”

2.  Nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Ta’ala”

3.  Bersetubuh
“Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Ta’ala”

CARA-CARA MANDI WAJIB MENGIKUT RUKUN????

PERTAMA: WAJIB mengucapkan niat didalam hati… Setiap apa pon perkara yg kita lakukan mesti la berserta niat kan… Bezanya disini, mandi wajib ni perlu berniat dalam hati dalam masa yg sama air tu mesti sampai pada salah 1 anggota BADAN…. Hushhh payah tu… apa yg payahnye… takkan tak bese buat dua benda dlm 1 masa kot… gayut ngn BF sambil masak pon boleh kan… ^_^ 


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. (Uztaz Haji Mat Jais Kamos, JAKIM)

Mudah je kan… Tapi yg mudah tu la org selalu KANTOI!!! Sebab suka sgt amik mudah kan… Practice banyak2 kali ye…InsyaALLAH mesti berjaya… Ini part org paling banyak kantoi tau…

KEDUA: Menghilangkan najis RINGAN dibadan yg ZAHIR… contohnya taik mata, kotoran dalam kuku… Menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib (Uztaz Haji Mat Jais Kamos, JAKIM).. Ini bermakna sambil2 mandi wajib tu boleh le buang ape2 najis ringan yg ada pada badan… bukan BERAK ye… huh!!! Ada jgk yg kene pelembang ni… :p

KETIGA: rukun ke3 ni pon penting dan ramai yg kantoi… lagi2 kalo tgh musim ujan… mandi main cincai je… Ingat rata ke air tu ke badan??? Ko basahkan kepala je…nanti air tu sampai la ke kaki… ITU TAK SAH OK!!!! Huhuhu… alirkan air yg suci tu keseluruh badan.. jangan la MALAS!!! Buka ikatan rambut tu… Bia air betul2 membasahi keseluruhan rambut, bulu2 sama ada lebat ke tak lebat ke, kulit, dalam2 setiap kuku, celah2 bedah, celah2 ponggong (tu yg kene mencangkung tu, baru air masuk terus)…

PERMASALAHAN WARNA RAMBUT DALAM MANDI WAJIB???


Hmmm… Pewarna rambut kan HALAL??? Pehal plak tak sah bawak solat??? Bukan ade benda haram pon… heheheh… memang la… Tapikan dah dibagi tau, pewarna rambut tidak meresap ke dalam rambut, tapi meliputi rambut… Bermakna bila kita mandi, air tu tak sampai ke dlm rambut, mmg rambut kita basah tapi pada mata yg kita tak leh Nampak, yg basah tu pewarna rambut… bayangkan, ko pakai kasut yg sebijik betuk kaki ko… kalo org tgk, org ingat tu kaki ko, padahal tu kasut… Bila ko celup kaki ko ke dlm air, org ingat kaki ko la basah, tp tu sebenonye kasut ko yg basah…kaki rilex je kering…TAK PAHAM LAGI???? Dah org ckp tak boleh, jgn la degil… apa cantik sgt warne rambut??? Heheheh…

Saya dah warna rambut jadi kaler Pink, macam mana nak buat??? Haaaaaa… mana la aku tau… hehehe… Kalo awak syg kan diri awak, tak nak terus diselubungi dosa, sila la BOTAKKAN KEPALA… pakai tudung, so org xnampak… rambut cepat tumbuh la…jgn isau… apa yg awak perlu risau ialah HIDUP DALAM BERHADAS BESAR.... sepanjang hayat hidup dalam berhadas besar… acane??? Nauzubillah….

SEBAB-SEBAB WAJIB MANDI WAJIB????

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.

3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana
** bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,
** keluar air mani
** mati.

Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu
*** keluar darah haid
*** nifas
*** melahirkan anak (wiladah) .


******Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.******


KESIMPULAN???

1)Mandi dalam keadaan bercangkung dan juga berdiri. Kerana apabila bercangkung celah punggung akan terbuka dan air akan rata dan sampai ke bahagian itu..


2)Mereka yang memakai pewarna rambut selain inai adalah tidak sah mandi wajibnya dan solatnya juga akan tidak sah sekiranya mandi wajib tak sah. Tapi dapat kita lihat ramai perempuan melayu kita yang beragama islam memakai pewarna rambut…mashallah..


3) Niat mesti semasa air sampai ke anggota badan.




Mari la kita bersama-sama SEMAK semula betul ke sah ke mandi wajib kita???? INI SERIUS OK… jangan amik mudah yeeee… 

INSYAALLAH..... ^_^


KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA BERMULA DARI BILIK TIDUR

0 comments:

Post a Comment

SEBARANG PERTANYAAN..BOLEH TINGGALKAN DISINI...SAYA AKAN BALAS SECEPAT MUNGKIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Second Baby

baby development
 
Copyright@ HAK MILIK CIK ANNA JAMU SUSUK DARA