PEMINAT CIK ANNA NI... ^_^

EXCHANGE LINK JOM!!!

Thursday, February 21, 2013

99 DAYS: TAZKIRAH: CARA MUDAH ISTERI MASUK SYURGA


Apa kabo kwn2??? Cik Anna harap semua sihat dan sentiase dalam redha ALLAH… Cik Anna Alhamdulillah sihat…

Lagi 99 hari Cik Anna bakal menamatkan zaman bujang… Cepat betul masa berlalukan.. Rasa baru je kenal2 dgn Encik Zack… Tak sangka dah nak jadi isteri solehah dia pon… Sejujurnya memang excited sgt2 nak jadi isteri solehah… Tapi dalam masa yg sama ada perasaan takut… Takut tak dapat jadi yg terbaik utk Encik Zack… Org ppuan ni kan senanggggg sgt2 nak masuk syurga ALLAH… dan senangggggggggggg sgttttttt nak masuk neraka ALLAH… Nauzubillah min Zalik…

Macam mana para Isteri Solehah nak masuk SYURGA ALLAH????

“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat), serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (riwayat Imam Bazzar melalui Anas R.A)

Daripada Anas R.A, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg bermaksud: “ Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Ditegaskan dalam ayat diatas, ada EMPAT perkara yg membolehkan Isteri Solehah masuk SYURGA ALLAH dengan mudahnya…

     1- Solat 5 waktu wajib dikerjakan walau dalam apa keadaan sekalipon… Walau payah macam mana pon, Solat itu wajib dan tak boleh ditinggalkn tanpa keuzuran. Faktor utama peningkatan penceraian dikalangan umat Islam di Malaysia ini ialah TIDAK SOLAT

     2-   Memelihara kehormatan yakni aurat, maruah isteri dan suami… Apa yg dimaksudkan dgn AURAT?? Aurat wanita ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tgn.. Sanggup ke kita biarkan suami yg kita sayangi menanggung dosa kita mendedah aurat??? “Eh sy pakai tudung ok… sy tutup aurat…” Bak kata UAI tudung tak wajib pakai, tapi tutup aurat itu yg wajib.. Semak semula mana aurat kita wahai wanita solehah…

     3-   Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan… yg ni Cik Anna yakin semua org rajin puasa… Tapi ada pula yg berpuasa tapi tak solat… Sah ke puasa kita??? Ada keraguan disitu… ^_^

     4-   Taat kepada suami… Isteri solehah mesti kene taat pada suami… Syurga kita dibawah tapak kaki suami… Macam mana yg dimaksudkan dgn TAAT??? Ikuti segala suruhannya asalkan tidak bercanggah dgn syariat, tidak menyekutukan ALLAH, tidak membahayakan diri… Suami suka makan masakan kita??? So masak la… Suami suka kita pakai seksi bila keluar rumah??? Katakan “TIDAK Abg, aurat saya hak saya… saya berhak menjaga aurat saya…Aurat saya dosa kita bersama.. Saya tidak sanggup kite same2 masuk neraka kerana aurat saya” TETAPI ini yg paling susah nak diikutkan.. Wanita paling susah nak taat pada suami… Betul x??? (sila angguk)


Jika kesemua diatas kita patuhi, insyaALLAH masuklah kita ke SYURGA ALLAH dari mana-mana pintu yg kita suka… Senang kan wanita nak masuk Syurga… senang sgt2… Dan paling penting, redha suami… Cik Anna selalu cakap kat Encik Zack, yg Cik Anna takut tak dapat jadi Isteri Solehah tapi Cik Anna minta Encik Zack sentiase la redha dgn setiap apa yg Cik Anna lakukan… Jawapan Encik Zack “ Syg jgn risaukan sgt, kesempurnaan tu mmg tak mungkin kita dapat… Kita akan lalui semua bersama… Kalo sy tegur silap awk, awk jgn kecik hati, kene positif terima setiap teguran…apa yg sy buat semua utk kebaikan awk dan kite…”

Cik Anna memang kadang2 cepat kecik hati…emosi terlebih… Tapi syukur sgt Encik Zack sgt2 sabar dgn pangai pelik + tah hapa2 Cik Anna tu… hehehe… Semakin dekat hari bersejarah ni, semakin kelam kabut buat persediaan rohani…

Cik Anna kalo blh nakkkkkk sgt jadikan perkahwinan ni 1 medan utk mengejar syurga Allah… mengejar redha Allah… mengumpul seberapa banyak pahala, kebaikan, ibadah… Tak nak dah leka dan alpa… Cik Anna bukan anak yg baik, bukan anak yg taat, Cik Anna menyesal disitu… Tapi ALLAH bukakan peluang kedua utk Cik Anna… Melalui perkahwinan… Perkahwinan bukan hanya utk mengHALALkan hubungan tetapi ada yg lebih penting dari itu… Matlamat perkahwinan tu perlu ada…


APAKAH MATLAMAT ANDA DALAM PERKAHWINAN???



KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA BERMULA DARI BILIK TIDUR

0 comments:

Post a Comment

SEBARANG PERTANYAAN..BOLEH TINGGALKAN DISINI...SAYA AKAN BALAS SECEPAT MUNGKIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Second Baby

baby development
 
Copyright@ HAK MILIK CIK ANNA JAMU SUSUK DARA