PEMINAT CIK ANNA NI... ^_^

EXCHANGE LINK JOM!!!

Thursday, July 18, 2013

PUISI LUAHAN HATI DAYANA (ISTERI ASHRAF MUSLIM)


Hari ni Cik Anna disogok dengan cerita2 hot perkahwinan ke2 Ashraf Muslim.. Tibe2 hati ini rasa disiat2 dan sedih sgt2... Ashraf Muslim telah pon selamat menikah dengan Sakinah pada 7 Julai lalu di Thailand... Jom baca luahan isi hati Dayana...


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah


Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...


Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan


Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu


Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah


Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia


Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..


Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...


Sungguh berat dugaan yg menimpa Kak Dayana ni.. sungguh ALLAH syg pada dia.. Dia cukup bertuah diuji ALLAH dibulan Mulia ni... Semoga kak Dayana tabah menghadapi ujian ini... Jika aku ditempat beliau, sudah tentu air mata darah yg mengalir keluar... Cik Anna doakan kak Dayana menjadi wanita yg kuat dan tabah... Amiiinn... T___T

Poligami memang halal... Setiap lelaki berhak berkahwin lebih dari 1 jika MAMPU... Tapi, melukakan hati insan, merampas kebahagiaan insan, membuat insan itu sedih dan kecewa, HALAL KAH????? 

SEKIAN...


KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA BERMULA DARI BILIK TIDUR

14 comments:

Syazana Zainn said...

ada baca juga puisi ni

sedih :(

harap D tabah

Cik Anna Jamu Susuk Dara said...

@Syazana Zainn

Memang redha jela yg mampu kak Dayana buat sekarang ni... kite same2 la doakan semoga hati dia kuat menempuh ujian ni... sedih sgt2 kan...

Anonymous said...

ashraf muslim antara lelaki idaman saya ketika dulu..sebb tgk mukanya saja dpt buat sy senyum,,suci jer..bila thu pasal n,,ya Allah...(speechless)...sedihnya..walaupun sy x kawin lagi tp sy paham peritnya apa yg dialami dayana...nasihat sy ashraf bkn lelaki yg baik untukmu...

Anonymous said...

macam hati aku lak kena siat.

Anonymous said...

Tak usah kecewa dengan ketentuan Ilahi
kerana
telah ditulis sejak azali
suamimu itu bakal berpoligami

Tak usah kecewa merana diri
kerana
dirimu ditakdirkan sebegini
tidakkah engkau ingat akan janji Ilahi
payung emas di syurga nanti

Sucinya engkau, dimiliki ketika di bumi Makkah
tidak sesuci madumu yang dimiliki di bumi Thailand
Patutnya engkau bersyukur dengan Ilahi
Kerana suamimu bernikah dengan cara yang diredhai
bukan dengan cara yang dimurkai

Wahai Sang Isteri
Dengarlah kami mewakili Adam sebagai penganti
Telah Tuhan jadikan lelaki
Mempunyai keinginan semulajadi
beristeri lebih dari apa yang dimiliki
kerana hanya DIA Maha Mengetahui
sebab dan tujuan, DIA jadikan lelaki sebegini

Tak usah menulis puisi menyindir suami
hanya kerana diri dipoligami
jikalah benar poligami itu sering menyakiti hati
mengapa Tuhan buat begini?????

Siapalah kita untuk menegur Tuhan
sedangkan Malaikat sendiri sedar akan kesilapan
ketika mana menegur Tuhan
yang mencipta Nabi Adam sebagai taruhan
untuk menjadi Khalifah di Bumi Tuhan

Berhentilah daripada sebarang ketidakpuasan
terhadap apa yang telah ditetapkan
kerana
kita hamba Tuhan
segala yang terjadi anggaplah ujian
sekian.

wrote by Mohd Syahir (Guru Bahasa Malaysia)

Anonymous said...

to syahir:

"Siapalah kita untuk menegur Tuhan"

kalau ye pun nak backing ashrap, takyah la sampai melampau menuduh dayana nak menegur tuhan. nampak sangat melampau hiperbolik nya.

"Berhentilah daripada sebarang ketidakpuasan"

amboi senang nya nak lepas tangan, macam tu tak payah la wujudnya undang2, adab, peraturan dsb. buat lah sesuka hati kamu.... jadikan takdir sebagai alasan pulak ye.

perbuatan tu tergantung pada niat. sedangkan solat yang niatnya tak betul pun tak diterima. jadi janganlah serkap jarang semua poligami tu bagus... ingat sikit, dibenarkan kahwin sampai 4, tapi andainya tidak mampu berlaku adil, kahwin lah 1 je.

kalau dah sampai nikah kat siam tu, agak2 adil ke?

Anonymous said...

Saya.setuju dengan pendapat anda....setiap yg jd pasti.ada.sebab...terimAlah seadanya...bisikan hati.kekadang amat jahat

Anonymous said...

siapalah kita untuk mentafsir niat Ashraf berpoligami selain dari Ashraf sendiri dan Allah S.W.T.. soal dimana perkahwinan itu dilakukan sama ada di Siam, Malaysia waima Makkah sekalipun ianya tidak memperjelaskan seseorang itu boleh berlaku adil atau sebaliknya..Wallahualam...

Anonymous said...

Puisi berbalas puisi..adil atau sbliknya..sentiasa ada hikmah stiap yang terjadi..dugaan sangat berat..bg sang Isteri n yang berkenaan..mreka lbh arif konflik antra mreka..smua memerlukan msa...x ble slhkn sblh pihak sj..anyway wish Kak Dyana tawakal slalu..

izz reenio said...

sebenarnye puisi tersebut bukanlah ditulis oleh Dayana.. ada orang lain nukilan kan untuk dia.. (tolong feelingkan).
Untuk En. Mohd Syahir,mahkamah masih belum buat keputusan ashraf layak berpoligami atau tidak berdasarkan kemampuannya dan tak payahlah nak buat extra note Cikgu BM kat sini.. tak dapat fav puisi pun

Anonymous said...

@Anonymous

Saya 'Lady Muslim'...agak terkilan dengan puisi begini.
Jujurnya ada berat sebelah penilaian syahir...tambhn pula kini ternyata puisi tidak ditulis sendiri oleh Dayana, tetapi penlaian saudara pasti akan lebih melukakan hatinya yang sedia ada.Dosa mengata (tambahan mempublish pula seolah-olah mengaibkan dia) manusia, kita kena minta maaf dengan manusia itu sendiri-tuan punya badan...berat tu. Tak pasal2 dapat dosa free.

Tahukah sedara,alim bagaimanapun sisuami jika mereka tidak berjaya membimbing isteri (yang ada 99 nafsu),suami itu akan tersangkut juga!...berdosa dan mungkin terhalang masuk syurga.

Itupun jika saudara ada satu 'akaun', bagaimana yang cetek ilmu tapi kaya alasan sampai ada akaun 2...3..atau 4?....bayangkan..!.
Wallahualam..!

Anonymous said...

@Anonymous

Setuju.!.jadi sesiapa yang berangan nak beristeri 2 atau lebih, ingat semudah itu ke dh lepas? Alasan lelaki asyik2 payung emas,itu je le...tapi diri sendiri sbg suami lepas ke?Tapi Islam ni cantik dan adil...berseronok la di dunia yg hanya KULIT je ni. Bercakap memang gah sangat tp tin kosong rupanya.

Cuba celupkan tangan kita dalam laut, nk tau banyak mana cerita dunia?...setakat tangan kita yang terendam itu. Nk tau byk mana cerita akhirat?....sebanyak air laut selebihnya yang keliling tgn kita satu dunia!
Bayangkan...!...jd jgn fikir seronok di dunia je...fikir juga tjawab kita di akhirat. Lelaki..jangan byk berhelah,bukan semudah itu.

Wan Fadzilah said...

Apa yg dpt sy katakan...dayana.. Tabahlah dgn ujian dari Allah. Mg kebahagiaan menanti dayana. Mmg x slh berpoligami tetapi biarlah kena cara. Membina kebahagian atas kesedihan wanita lain mmg x bgs. Allah ciptakan kita didunia ni ada tujuan dan manusia diberikan akal fikiran utk menimbal balik apa yg baik dan buruk.

Wan Fadzilah said...

Apa yg dpt sy katakan...dayana.. Tabahlah dgn ujian dari Allah. Mg kebahagiaan menanti dayana. Mmg x slh berpoligami tetapi biarlah kena cara. Membina kebahagian atas kesedihan wanita lain mmg x bgs. Allah ciptakan kita didunia ni ada tujuan dan manusia diberikan akal fikiran utk menimbal balik apa yg baik dan buruk.

Post a Comment

SEBARANG PERTANYAAN..BOLEH TINGGALKAN DISINI...SAYA AKAN BALAS SECEPAT MUNGKIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Second Baby

baby development
 
Copyright@ HAK MILIK CIK ANNA JAMU SUSUK DARA