PEMINAT CIK ANNA NI... ^_^

EXCHANGE LINK JOM!!!

Monday, October 14, 2013

PERCUTIAN BAJET KE SABAH - PART 1 SEBELUM BERTOLAK


Apa khabar semua?? Cik Anna alhamdulillah sihat... berbulan tak update blog... bukan tak de cerita tapi kemalasan tahap giga... Sejak jadi full time housewife ni, kemalasan tu tak dapat dibendung lagi... Lupa nak cite, Cik Anna dah resign bulan 8 ari tu... hehehe... dapat tau pregnant, terus resign tau... 

Bila dah benti keje, masalah nak pegi bercuti pon bermula la... Dah plan awal2, percutian ke Sabah 5/10 - 10/10 adalah percutian mewah... sebab masa tu bergaji... Tapi lepas tak bergaji, jadi percutian bajet jela... hehe... Pada asalnya cancel nak gi sebab Cik Anna bukan larat sgt... lemah je asa... Morning sickness tak ada tapi badan rasa lemah... darah rendah... malas nak berjalan... Plak tu ada kawan Encik Zack cakap, awal2 mengandung tak elok naik flight... seram Cik Anna tau... Terus gi klinik pakar sakit puan utk rundingan... huhuhu... alhamdulillah doktor kata tak ada masalah utk naik flight... baby kuat, no problem... yg selebihnya tawakal jela...

2 hari sebelum bertolak, baru terhegeh2 book hotel kat Agoda.com lepas tu baru kelam kabut cari tempat2 menarik, cari kete sewa bagai... huaaa... dengan bajet RM1500 (duit kutu bulan 9), Cik Anna dan Encik Zack rancang sebaiknya percutian kami... 

PERTAMA

Flight Cik Anna 5/10/13 jam 12.00 tgh hari... Sampai KK lebih kurang pukul 2.30 ptg.. so kami plan terus check in hotel murah kat KK selama 2hari... Nak rehat lebih la konon...Cari punya cari kat agoda, dapat la hotel murah RM146.28 utk 2malam di Traveller Hotel.. Hotel murah so bilik pon kecik dan sempit la... Tapi bersih dan selesa sgt... 

KEDUA

Cik Anna dan Encik Zack bercadang ke Kundasang utk 1 malam pada 7/10/13... rugi la pegi sabah tapi tak pegi Kundasang kan kan kan.... So cari lagi hotel murah2 kat Kundasang tapi penuh plak... yg ade hotel agak mahal bagi percutian bajet ni... RM265 utk 1 malam di Kinabalu Pine Resort.. Dapat free breakfast je... Bilik sgt besar, katil best, bantal lembut, permandangan sgt sgt sgt indah... tak rugi bayar mahal... heheh... Memang puas hati....

KETIGA

Disebabkan ini percutian bajet dan membawa anak dalam perut, jadi segala brg2 yg nak dibawa haruslah dipertimbangkan...sebab apa?? sebab yg akan membawa segala brg adalah suamiku... Cik Anna memang tak larat la nak angkut brg2.. So kami bawa 1 luggage dan 1 backpack je... memang ringan sgt2 beg kami... kalo bawak berat2 sian Encik Zack nak bawak nanti... 

OK... tu je persiapan Cik Anna sebelum bertolak ke Sabah... yg lain, sampai Sabah baru pikir... hahaha... owh ye, kesemua hotel yg dibook menggunakan kad kredit... tapi Cik Anna dah masukkan siap2 dlm bajet RM1500 tadi... maka baki yg ada cuma RM1088.72 sahaja... CUKUP KE??? hehehe... apabila budak akaun buat bajet, mestila terbaikkkk kan... hehehe...


 

BERSAMBUNGGGGGG....



KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA BERMULA DARI BILIK TIDUR

4 comments:

S. Faezah said...

alaa..tgh syok baca tiba2 bersambung..huhuhuhu

MAT NOR said...

Wife saya pun merancang p KK next year January. Ticket flight, accomodation dan transport dah siap2 book... Senang cos p ssatu family dia

Anonymous said...

x de prebet sapu ke kat KKIA tu?

Raziman Rent Car Sabah said...

Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

Tel : 0129600702 / 0163751978
Assalamualaikum Tuan Puan...
Bercuti la ke Sabah....!!
Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

a) Nissan Urvan RM230 sehari
b) Toyota Innova RM200 sehari
c) Toyota Avanza RM160
d) Nissan Grand Livina RM170
e) Proton Exora RM150
f) Produa Alza RM140
g) Toyota Vios RM160
h) Proton Saga Flx RM120
i) Produa Myvi RM120
j) Produa Viva RM100
k) Proton Waja RM120
l) Proton Preve RM150
m) Viva 660 RM70

* Harga di atas adalah minimum sewa
untuk 3 hari ke atas...
* Penghantaran kereta percuma ke
Airport dan tempat penginapan.
* Kadar harga lebih rendah untuk sewa
secara bulanan.

Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
istimewa daripada kami bermula harga
RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
kundasang...

2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

3. Pemandu Pelancong..
Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
* Banana Boat RM30 (15 mnt)
* FlyFish RM60 (15 mnt)
* Parasailing RM55 (15 mnt)
* Jetski RM140 (30 mnt)
* Sea Walking RM150 (30 mnt)

5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

*Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

Hubungi kami
0129600702
0163751978
Boleh Call atau Whatsapp


Post a Comment

SEBARANG PERTANYAAN..BOLEH TINGGALKAN DISINI...SAYA AKAN BALAS SECEPAT MUNGKIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Second Baby

baby development
 
Copyright@ HAK MILIK CIK ANNA JAMU SUSUK DARA