PEMINAT CIK ANNA NI... ^_^

EXCHANGE LINK JOM!!!

Sunday, May 10, 2015

Cara Daftar Perniagaan (SSM)


Seperti yg semua sedia maklum, setiap perniagaan online atau offline semua perlu didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jika meniaga tanpa berdaftar, anda boleh didenda tau. 

Memandangkan Cik Anna dah mula berniaga online sejak tahun 2011 lagi dan belum daftar perniagaan ni, maka Cik Anna ambil langkah bijak dgn mendaftar perniagaan yg tak seberapa ni.. hehehe..

Mari Cik Anna kongsikan pengalaman dan cara daftar SSM yg amat mudah semudah 123... Ni utk perniagaan tunggal ye..

Sebelum pergi SSM

1. Fikirkan tiga (3) nama perniagaan anda.
2. Sediakan satu (1) salinan kad pengenalan anda.
3. Sediakan wang RM70.60 utk bayar yuran pendaftaran setahun.

Setibanya di SSM

1. Pergi kaunter pertanyaan dan bagitahu anda nak daftar perniagaan.

2. Isi borang yg diberikan dgn lengkap. Borangnya simple je.. Senang je nak isi. Isi la 3 nama perniagaan yg anda dah sediakan tu. Salah 1 yg masih blm wujud dlm Malaysia ni akan diterima. Cth pilihan pertama anda Umar Rich Enterprise, belum wujud dlm sistem SSM maka boleh la anda gunakan nama tersebut.

3. Dah siap isi, ambil nombor. Tunggu hingga nombor anda dipanggil. Ya amat lama.

4. Bila nombor dipanggil anda pergi la ke kaunter tersebut, serahkan borang yg lengkap diisi dan salinan kad pengenalan.

5. Pegawai akan semak nama perniagaan anda. Jika belum ade yg guna, anda boleh la gunakan. (Rujuk penerangan no.2)

6. Buat bayaran RM70.60 dan anda akan terima resit.

7. Pegawai akan minta anda tunggu 1jam bagi siapkan sijil perniagaan anda. Boleh la pegi makan ke shopping ke.

8. Selepas 1jam, SIAP!!! 

SENANG JE KAN??? Apa lagi.. daftar cepat2.. Jangan tunggu2 lagi... kang kena denda 1 hal plak... 

Alhamdulillah.. selepas daftar perniagaan, boleh la ke langkah seterusnga iaitu buka akaun bank syarikat.. Supaya duit lebih teratur dan tidak bercampur dgn duit peribadi. 

AZM RICH ENTERPRISE nama perniagaan Cik Anna..



KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA BERMULA DARI BILIK TIDUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Second Baby

baby development
 
Copyright@ HAK MILIK CIK ANNA JAMU SUSUK DARA